RSS

Dia dan Kamu

15 Sep

“Dah, jangan ambil tahu lagi pasal dia. Kita dah nasihat, tapi tak nak dengar. Biarlah, itu hidup dia, jangan masuk campur hal orang. Biar dia sendiri yang tanggung. Kita pun tak tentu lagi..”antara nasihat my ucuk to me recently.

Yup, i’ve enough..Enough of words of advise to my friend.

Tidak menyokong dan tidak menghalang. Hidup ini adalah takdir, tetapi takdir adalah pilihan yang kita buat. Samaada jalan ke kiri atau jalan ke kanan. Kita yang pilih. Jalan yang lurus atau pun berliku, kita yang pilih. Tetapi sekiranya jalan yang kita pilih itu berliku dan berduri, jangan disalahkan Pencipta, kerana setiap yang baik datang dari-Nya, setiap yang buruk itu adalah dari kita sendiri.

Itu mungkin takdir saya!!! Menyerah dan mengalah sebelum berjuang..Adakah Allah sengaja memberikan kita kilat dan taufan sedangkan Dia Maha Mengetahui, di sebalik awan yang kelabu ada sinaran pelangi buat kita?

Hadiah kepada sebuah kesabaran. Menanti dengan penuh yakin, berserah kepada-Nya, bahawa keindahan pelangi akan tiba jua…

Mengapa tidak mahu mengambil iktibar dan tauladan dari banyak contoh dan kisah, tetapi masih mahu mencuba, mengharapkan sesuatu yang tidak pasti..dan akhirnya menyesal dan menyalahi takdir.

Mengapa masih mahu mencuri sedangkan tahu mencuri ada balasannya..

Mengapa masih mahu mengambil hak sedangkan tahu mengambil hak ada balasannya..

Mengapa masih mahu menyakiti hati sedangkan tahu bagaimana rasa apabila hati disakiti..

Mengapa masih mahu mencari bahagia di sebalik duka dan sengsara..

Mengapa masih tidak mengerti perasaan sedangkan diri juga mempunyai perasaan..

Mengapa PENTINGKAN DIRI?

Letakkan diri sendiri di tempat orang yang berduka..Bagaimana agak nya rasa?? Seronok mungkin..Entah lah dunia..

Jangan semata-mata hanya kerana terpesona dengan kata-kata, janji manis, simpati..kelak memakan diri..

Berkongsi itu tidak apa, asalkan boleh berlaku adil kepada semua pihak..Mungkin itu antara janji-janjinya..Mengapa kaum hawa tidak mahu memahami perasaan sang suami yang mempunyai hak untuk mempunyai isteri lebih daripada satu? Mungkin itu antara keluhannya..

Sekiranya dia mengenali dahulu sang Pencipta, tidak tergamak rasanya dia mengungkap janji-janji manis kepada sesiapa melainkan si isteri yang tercinta…

Sekiranya dia menyanjungi kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, tidak tergamak rasanya dia melukakan hati si isteri dengan meminta untuk berkahwin 2…kerana dia tahu:

  • mungkin tugasnya untuk membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah masih belum selesai;
  • mungkin tugasnya untuk menjunjung amanah(anak-anak)yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T masih belum sempurna;
  • betapa beratnya tanggungjawab yang di pikul bersama amanah (isteri dan anak-anak) yang telah diberikan oleh Allah untuk mencari syurga.
  • tugasnya sebagai khalifah Allah masih lagi belum sempurna. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Sekiranya hidup di serahkan kepada Pencipta, tidak akan ada keluh-kesah:

1. Saya hanya mahu mendapatkan kasih sayang dari orang lain selain isteri saya…Salahkah??

Tidak Salah. Tetapi lebih baik memupuk kasih sayang dan menghargai isteri tercinta. Itu lebih mulia.

2. Saya hanya mahu bercinta dengan orang lain selain isteri saya….Salahkah?

Tidak Salah. Tetapi lebih baik memupuk perasan cinta bersama isteri tercinta. Itu lebih mulia, wahai saudara.

3. Saya mampu. Apa salahnya saya berkahwin selain daripada isteri saya?

Mampu dari segi kewangan mungkin..Agama?..Mampu kah saudara membimbing isteri-isteri saudara ke jalan yang di redhai Allah, seperti Rasulullah S.A.W? Fikirkan lah…Sekiranya anda lelaki yang baik, anda  akan menasihati dia untuk tidak menyakiti hati ibu dan bapa dan membuatkan mereka menangis..Muhasabah diri, dan saya juga…sentiasa ingatkan diri sendiri…dan berpesan-pesan kepada teman yang saya sayangi…Saya sayangkan dia…

Apa jua keputusan dia dan saudara saya hormati. Biarlah….

Coretan ini tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak..hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri..

Masih terngiang-ngiang di telinga apabila salah seorang staf menegur:

“Cik Sha, mencuri itu pasti ada balasannya…apatah lagi menyakiti”

 
2 Comments

Posted by on September 15, 2010 in F.R.I.E.N.D, LOVE

 

Tags:

2 responses to “Dia dan Kamu

  1. Nana Yg Comel

    September 17, 2010 at 2:22 am

    beb i luv it.. same2 lah kite ingat mengingati….

     
    • chesnutberry

      September 18, 2010 at 2:08 pm

      Cerita TV3: Air Mata Nur Salina “Siapa yang salah buat pilihan itu , Manusia atau Takdir?” Hoh, penuh makna..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: