RSS

Secangkir Teh Pengubat Letih

16 Jul

by Hasrizal Abdul Jamil

Just finished reading this book…Memetik salah satu chapter dalam buku ini untuk dikongsi bersama (khas buat seorang teman):

TAFSIRAN KEHIDUPAN (page 204)

 Ada orang aggap gempa bumi bukan dari Tuhan.Ia kejadian alam biasa. Seperti tanah rubtuh dan banjir. Mereka tidak mahu mengaitkannya dengan Tuhan. Malah mungkin ketika berlaku kiamat sekalipun, mereka masih terus menafsirkan kehancuran dunia ini sebagai ‘ BENCANA ALAM’.

Terpulang! Tafsiran mereka mungkin tidak salah. Tetapi tafsiran begitu, mereka hanya dapat pelajaran dunia. PELAJARAN YANG TIDAK MEMBAWA MEREKA PULANG KEPADA TUHAN..

Bagi yang merasakan setiap bencana itu sebagai bahasa Tuhan mengingatkan insan, mereka akan menafsirkannya dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

Allah menyebut di dalam al-Quran surah Ar- Rom ayat 41 bahawa kejahatan yang melata di bumi dan lautan, adalah hasil kerja tangan manusia. Allah timpakan musibah agar mereka kembali kepada-Nya.

“Maka orang yang mengaitkan setiap kesenangan dan kesusahan hidup dengan Allah, akan mendapat mesej Allah daripada kejadian itu.”

DAPAT BAIK, DEKAT KEPADA ALLAH DAN SYUKUR.

DAPAT MUSIBAH, DEKAT KEPADA ALLAH DENGAN ISTIGHFAR DAN TAWAKAL.

Ujian yang datang, seperti tiupan angin yang tidak boleh ditentu. Namun bagaimanakah kita menyambut ujian itu, bagaimanakah kita menafsirkannya, adalah layar perahu yang kita kawal. Arah angin tidak boleh ditentu, namun layar perahu boleh dipandu. Mahu menyambut realiti kehidupan secara positif atau negatif, anda pilih sendiri.

Mukmin menafsirkan kesusahan dan kesenangan, kedua-duanya adalah pelajaran daripada Allah. Tafsirkanlah setiap liku hisup ini sebagai bahasa Tuhan mengajar insan.

           Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) sebagai ujian untuk menzahirkan siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

                                                                                                                                                                                                              (al-Mulk:2)

 
Leave a comment

Posted by on July 16, 2010 in BOOKS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: